Sunday, January 29, 2012

Hi Girlfriend


Hello guys,
Ehh, Banyak budak tanya dekat aku 'gambar sape dekat background blog kau tu?' Nie aku nak bagi tahu, jangan tanya lagi lepas nie, she's my future girlfriend. Cehhh pegang guitar konon, bukan reti main guitar pun, action je lebih. Esok aku nak balik hostel dah, so tengah malam buta nie aku nak share sikit dengan korang pasal dia nie:)


16 December 2011, Naleeya Binti Razali. Dia nie kadang kadang kelakar pandai buat aku gelak sampai nak pecah perut tapi kadang kadang aku rasa macam dia tak suka kawan dengan aku. Rasa macam 'syok sendiri' je, tapi ntah la maybe perasaan aku je kot. Suka panggil dia kuda sebab nama 'kuda' tu aku yang bagi dekat dia, dia cakap dia pelari Malaysia. Fuhhh, mesti lari laju kn, bila lumba lari dengan aku, confirm aku kalah punya. Sebab tu aku panggil dia kuda, kuda kn lari laju. Haha.
Okey tak kelakar, diammm!


14 January 2012, Happy Birthday Kudaa! Dah besar kuda aku nie. 14Jan nie hari sabtu tau, malam sabtu aku terfikir macam mana nak wish dekat kuda nie? phone tak bawak, bukan tak bawak memang tade phone sekarang nie. Public phone? ada tapi public phone dekat asrama lelaki dah penuh duit, tak boleh guna. Asrama perempuan? public phone dekat sane boleh guna tapi serammm. Aku buat keputusan untuk tidur je la.
Esok pagi lepas solat subuh aku call mama kesayangan surah amik dekat asrama, nak tahu tak alasan aku? alasan aku sebab aku jatuh main basketball time PJ, seluar koyak, seluar lagi satu lupa nak bawak dekat asrama, padahal dalam locker aku ade seluar tu. Haha. Tipu sunat, tak ape kot. Pukul10 mama datang amik aku balik Ipoh, dapat la lepas rindu dekat semua orang.
Aku suka kawan dengan kau, maybe lebih dari kawan kot. Thanks sebab bagi semangat untuk aku berubah. Aku harap friendship kita kekal sampai bila bila. iloveyou kudaa.


If I reach for your hand,
will you hold it?
If I hold out my arms,
will you hug me?
If I go for your lips,
will you kiss me?
If I capture your heart,
will you love me?



Friday, January 27, 2012

Kecik² dulu

Hello guys,
Ehh, masa kecik kecik dulu memang best kn? Semua benda kita boleh buat, macam dunia nie kita yang punya. Ehh, korang pernah buat benda benda merepek nie masa kecik tak?

- Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
- Dalam kereta buat buat macam drive kereta tu.
- Naik basikal, boleh lepas tangan dari handle, rasa hebat.
- Masa sekolah, ade orang bagi air Milo free. Lepas ambil, ambil lagi sekali. Menyamar jadi orang lain.
- Lukis burung guna huruf 'v'
- Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
- Dekat padang main bola terjatuh, nampak darah baru menagis.
- Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu peti ais terpadam.
- Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

Ariq Elman la yang buat aku teringat benda benda merepek nie. Tak kenal dia? Dekat bawah nie la Ariq Elman, nak pangil Elmo boleh tak? Haha. Umur dia baru 2bulan, kecik lagi dia nie.
Ariq buat muka sedih :(

Wednesday, January 25, 2012

Belajarlah





Belajarlah mencintai orang yang mencintai mu itu 
sebelum dia pergi meningalkan kita. 


Belajarlah menjaga kehormatan seseorang itu,
jika kita benar mencintainya.


Belajarlah menerima dirinya dengan seadanya,
kerana tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.


Belajarlah menjaga hati seseorang,
kerana hati manusia amat mudah terluka.










.

Sunday, January 22, 2012

Kawan

Setiap orang sudah pasti mempunyai kawan,
tapi sebanyak manakah kawan yang sejati?
yang menagis bila melihat kita menagis,
yang bergelak tawa jika kita bergelak tawa.
Kawan yang baik memamg susah dicari,
tapi kawan merosakan hidup kita mudah dijumpai.
menghasut kita membuat jahat,
kawan nie macam setan kan?


Aku nak pecahkan rahsia aku sikit hari nie. Dulu aku pernah ada kawan perempuan nama dia____ pandai pandai la korang teka. Sebelum aku kenal dia memang aku tak pernah ada kawan perempuan sebab dari darjah5 aku sekolah lelaki je mana ada campur. Time aku form2 aku kenal dia, memang best la dapat kawan dengan dia, kalau boleh hari hari nak text. Tapi kita cuma kekal berkawan 2bulan saja, lepas 2bulan tu kita orang couple. Boleh cakap tiap tiap hari jugak la kite orang gaduh tapi lepas tu baik balik. Haha macam beruk je time tu kn? nak tergelak bila ingat balik. punca punca gaduh disebab kan aku yang selalu buat hal. hari hari dia nasihat aku berhenti smoke tapi aku degil, aku tipu dia, aku cakap aku dah berhenti tapi berhenti dalam dua tiga hari je sampai la satu hari nie dia nampak aku smoke Kantoii. Berperang dunia la lepas tu, haha tapi lama lama baik balik. Last year kite orang break off sebab.. satu tahu lebih je kita bercinta. 
Moral value dalam yang aku dapat, lebih baik berkawan daripada bercinta monyet sebab kalau kita kawan mesti still sampai bila bila tapi bile couple mesti break off. Sayangi lah seseorang itu sebagai kawan bukan sebagai kekasih. Aku rindu kau kawan, rindu nak bergaduh dengan kau hari hari. Kalau kau ada time aku naik stage dekat sekolah hari tu mesti kau suka sebab kawan aku cakap aku jalan macam penguin. Dekat hostel semua gelak je. :(

Friday, January 20, 2012

Junior? Senior?

Im back! so Hi guys. korang sihat? aku tahu korang sihat and aku pun sihat jugak. 
Junior? Senior?
Ape beza dia? Aku memang tak faham dengan kawan kawan aku dekat sekolah tu. Bila junior masuk je semua nak tunjuk kepala, semua nak tunjuk Gangster. Ape faedah korang buat macam tu? Sebelum junior masuk semua buat perangai baik je, dekat dewan makan pun tak potong barisan tapi bila junior masuk semua nak potong barisan, semua nak pukul junior, nak buat junior macam orang gaji korang. Fikir la sikit ape perasaan orang bro, drang pun manusia jugak. Beza umur setahun je, tak payah la kecoh sangat. Buat junior macam member je kn bagus, nie nak buat junior macam orang gaji, berapa bapak korang bayar gaji dia? tak ade bayar pun kn. Jangan nak tunjuk gangster sangat la, relax sudah.

Aku nak share sikit dengan korang nie, hari selasa baru nie ade sport check dorm sebab pengetua dah naik angin. Kantoi lighter dengan warden, tapi nasib baik warden tu okey dia tak amik nama aku. Thanks my beloved worden. haha. Dua orang member aku kena buang asrama sebab kantoi rokok, kesian doe. Aku rindu korang la. Then malam tu kita orang buat orentation dengan 4ppn lelaki je la, this year junior ramai lelaki ade dalam sembilan orang kot, aku pun tak ingat sangat. Benda yang paling aku suka sekali time orentation tu masa junior aku kena buat Helicopter. Aku tak boleh nak bagi tahu korang la macam mana best nye tengok junior junior aku buat Helicopter tu. For my junior, thanks alor sebab korang tak kurang ajar dengan kite orang and then aku nak mintak maaf la sebab kena buat helicopter tu, actualy benda nie buat untuk have fun je okey bukan ade niat nak buli orang ke ape. korang pun enjoy kn hari tu tapi ade la sorang dua yang tak spotting. Next year buat dekat junior korang pulak okey. So thats all my stupid story for today, kalau ade cerita best best lagi aku cerita dekat korang okey.
Bye Bye bye 

Tuesday, January 3, 2012

Back to school



Hello readers,
Haihh, korang mesti happy kn nak pergi sekolah? mesti tak sabar sabar nak pergi sekolah kn? Tapi aku TAK langsung! Lagi lagi nak masuk hostel nie, tekanan jiwa aku. Tak tahu la kenape dengan aku nie, actualy aku memang tak ade kawan rapat dekat sane. Dah dah dah, aku tak nak fikir semua tu. Haihhh kalau nak balik hostel je aku mesti rasa macam nie, rasa macam berat hati sangat nak tinggal kan bilik aku yg bersepah nie. Lepas nie tak boleh la nak peluk bantal tulang aku yg comel tu, dia la yg selalu teman aku tidur. Lappy pun terpaksa tinggal, tak boleh nak update blog dah lepas nie. Kawan kawan aku dekat ipoh, aku akan rindu korang, korang jngan lupa dekat aku okey? promise?

Bye Ipoh

Monday, January 2, 2012

I need girlfriend like you


Hello readers,
Hemm, bila aku fikir balik kadang kadang aku nie memang memilih untuk jadikan orang itu girlfriend, Yelah nak cari isteri mesti la kena cari perangai yg macam 'Manusia' bukan macam 'Hantu'. ISTER? Wow! sampai kesitu pulak aku fikir. Yelaa kalau kita dah fall in love with someone mesti la kita nak kekal dengan dia sampai bila bila kn? Itu pun kalau ade jodoh la. Orang selalu cakap cinta masa zaman sekolah nie takan kemana pun, Betul ke? Yeahh, memang betul pun. Sebab tu aku tak nak couple buat masa sekarang nie, aku nak fikir masa depan aku dulu. Bila bercinta sekarang mesti aku lupa nak belajar, bile SPM dapat result teruk. Dah besar nanti aku nak bagi anak, bini aku makan ape? RUMPUT? Harap harap azam aku tahun nie berjaya, korang tolong doakan aku okey? aku cuma mintak doa je dari korang tak banyak pun, aku appreciate sangat. Aku pun akan doakan korang berjaya. Esok petang aku nak kena masuk hostel, aku nak mintak maaf sangat sangat kalau aku ade buat korang sakit hati or whatever la, aku nie cuma manusia biasa yg selalu buat salah. Harap korang boleh maaf kan aku. 

>Aku nak girlfriend yg setia, sebab aku harap dia boleh jaga aku sampai bila2.

>Aku nak girlfriend yg ikhlas sayangkan aku, sebab aku sedar aku tak perfect, aku harap dia boleh terima aku seada nya chewahh.

>Aku nak girlfriend yg pandai masak, sebab aku nak rasa masakan ister aku yg sedap.w

>Aku nak girlfriend yg pandai buat lawak, sebab aku suka gelak.

>Aku nak girlfriend yg pandai menyayi, sebab hari hari aku boleh dengar isteri aku menyayi.

>Aku nak girlfriend yg mulut dia tak bising, sebab aku tak suka bila orang nak bising bising dekat aku. macam mama aku errr.

Aku nakkk.. banyak nye aku nak? memilih gila mamat nie. haha. Kalau nak cari macam nie sampai ketua tak akan jumpa. Okey, First and second tu je yg penting yg lain tu merepek je.